Friday, 1 March 2019

TO MY LOVELY AND CARING HUSBAND

Dear husband,

I would like to share this with you.. I found it @  love quran
Thank you for always be with me. I appreciate your time, kindness, generosity and etc..

Becoming a husband will change your life– for the better, of course! The very special relationship between spouses is a wonderful and humbling experience: your wife is the person that you have chosen to spend and share your life with, through all its ups and downs. When things go well, she is there to celebrate with you; when things go wrong, she gives comfort and support. She does not judge you on your failures and is all too often working behind the scenes to ensure that your life together runs smoothly.

The bond shared by a husband and wife is best summed up as follows:
“They are your garments and you are their garments.”
[Al-Baqarah 2:187]

So, what does it mean to be a husband? How should a husband behave and how should he treat his wife? The Quran shows us the standards expected from an ideal Muslim husband, the most important of which are summarized below.

In Islamic custom, men are regarded as “guardians” of the family. Allah (سبحانه و تعالى) has made them stronger and they are expected to expend of their means to provide for the family. This does not mean that they are superior to women; rather they are expected to act as protectors and providers.

“Men are protectors and maintainers of women.”
[An-Nisa 4:34]

credit to love quran

Monday, 12 December 2016

RUZANA DAN AIZAD MALAY WEDDING 12112016


Assalamualaikum..

Hari ni nak belanja video kahwin pada 12 November 2016.
Majlis berlangsung di Bukit Beruntung.
This just a simple video where im only use Windows Movie Maker.




For any request regarding
Photographer... Videographer...
Kompang and Silat..
PA System
Wedding Car
Pelamin
Hantaran

Boleh contact 0172261856 Ghani
Sure you will get discount...!!

For your info..
This groom and bride don't have any clue that they will have to dance.
Its a surprise prepare by the Kompang group.


Thanks for reading..




Saturday, 19 November 2016

Majlis Perkahwinan Balqis & Nik Ridhauddin 17072016


Okay ini cerita majlis perkahwinan Balqis dan pasangannya di Sungai Buloh, Selangor.

Orang kuat dalam menjayakan pelamin akad nikah, pelamin sanding, photobooth, red carpet with flower stand adalah my lovely mom..

Korang boleh survey how is the result. Because this is my mom passion. She really enjoy and love to gubah-gubah and she do with all her heart. Dont know how to describe but just to let you guys know.. She really love her job.

Enjoy..!!

pelamin akad nikah. pengantin lelaki and pengantin perempuan at the back.

red carpet with flower stand



Contact 0123554293 mama


Meja Makan Pengantin

The bride and the groom Photo by GhaniRahman

Cantikkk tak??? Simple with English Concept. 

For PELAMIN deco, untuk tunang nikah or sanding, hand bouquet and etc.
Contact 0123554293 mama
Deal dengan mama is the best thing ever after.
Nak tahu kenapa???
Sebab she knows what we want. and she deliver the best for you!!


For PHOTOGRAPHER and videographer
Contact 0172261856 Ghani Rahman
Ghani seorang yang berbakat dalam sesuatu perincian.
Selain photographer, dia juga berbakat dalam SOUND SYSTEM.
Kalau korang nak majlis korang meriah dengan bunyi yang sedap and deejay yang gentle.
Do contact him 0172261856.

Byee... May this post help you all.
Assalamualaikum =)


Majlis Perkahwinan Syafiq & Akhma 29102016

Assalamualaikum...
Kami kongsikan hasil Ghani Rahman Team untuk tatapan anda..
Enjoy the film..!!!



Thank you for wathing..
and
Congrate to Syafiq and Akhma.. 

A huge step has been done.. Now they are halal and sweet couple..
May Allah always be with you..
Amin

How about you?? 

Hurry up... book your special date and 
let us do our best to create a very sweet memories for your special ceremony.
Contact 0172261856 Ghani Rahman Team
for more info.

Contact 0172261856 Ghani Rahman Team for photography and videography promotion price

It may come with promotion package such wedding car, kompang team and together with Deejay + PA System (Sound System)

Salam =)

Sunday, 6 November 2016

Tips kaya ????

Mata aku tertarik dengan cerita....

Gaji RM1,500 Tapi Mampu Beli Rumah, Kereta, Kahwin dan Simpanan RM33k? Ikut Sahaja Tips Lelaki Ini http://babab.net/out/gaji-rm1-500-tapi-mampu-beli-rumah-kereta-kahwin-dan-simpanan-rm33k-ikut-sahaja-tips-lelaki-ini.html


Mesti korang pun sama... sebab tu aku sediakan link. so kalau korang nak baca dengan lebih lanjut.. korang click link tu...

Hakikatnya... semua orang mesti ada rasa nak kahwin.. tapi belanja kahwin yang merapu buat semua lelaki berfikir berjuta kali. apatah lagi bila dapat girlfriend.. jenis nak kawin macam artis laaaa nak semua benda ada.. tapi tak usaha harapkan lelaki punya duit hantaran,! Adush.

and hakikat jugak semua orang perlukan perlindungan.. rumah... orang marhaen macam kita.. bukan lah mimpi.. cuma kita kena usaha lebih. and berjimat and perlu jugak smart. kalau kita tak da ilmu. macam mana nak beli rumah,

Sebab tu, kita akan tertarik pada post macam....
Beli rumah di usia muda..
Rahsia jutawan muda
Tips untuk kaya
and sebagainya..........

Aku tak kata salah. sebab aku and adik adik aku pun macam tu... siap beli ebook bagai macam mana nak kaya... last2 sia sia je.. tak pakai pun sebab semua sekadar marketing.. so kalau boleh, korang baca dulu cerita diorang. jangan senang senang nk invest dekat benda yang kita tak pasti. dapatkan maklumat sebelum terus je nak melabur. silap haribulan kita yang leburrr.

Tapi tips  ni aku baca memang ada betulnya... sebab aku dah buat beberapa tips tu.. cuma aku tak da ilmu yang cukup untuk saving sebanyak itu. plus rezki orang lain-lain. aku bersyukur dengan apa yang aku dah ada, 

Ok dah.

bye. Assalamualaikum

Sesi Bergambar Akhma & Syafiq Solemnization

Sesi bergambar pulak..

Saje nak share pada mereka mereka yang memerlukan khidmat photographer / jurugambar

29 October 2016, Shoot for Akhma & Syafiq Solemnization
Bukit Beruntung
Nikah and walimah

Boleh roger 0172261856
Area Selangor berbaloi sebab perjalanan tak jauh.
Siap Edit, Album, CD and Frame 
Tapi of course la... korang boleh nego.

Nak price nak fit dengan budget.
So boleh ambik yang CD je. korang edit sendiri.
Tapi kalau nk yang frame je. korang request la untuk 2 gambar edit and frame kan.
At least ada la gantung 2 gamba kawin kt dinding rumah.. =)


Majlis sanding [roger 0172261856]

Selepas majlis akad nikah [roger 0172261856]

selain gambar untuk nikah, tunang or walimah. 
shoot untuk convo, hari sukan, cukur jambul, majlis hari jadi and etc pun boleh.

just roger 0172261856 ghani

InsyaAllah korang akan berpuas hati dengan servis dia.

ok dah. 

Repair kereta first time

Repair kereta punya cerita

Aku perempuan yang......... guna kereta tapi tak faham macam mana nak jaga kereta, so bila ada isu kat kereta, terkial-kial nak cari bengkel mana yang ok. OK means, yang tak cekik darah, boleh nego and yang pasti servis tip top.

Untuk mereka yang perlukan khidmat servis kereta or repair.
Area Shah Alam, ada satu kedai melayu. Roger (0107933105) sebab susah nak jumpa bengkel kereta yang boleh diharap and tak kapak kita.

Hari tu aku kena,
drive shaft RM380 plus RM30 install
Bearing tyre RM160 x 2 (left and right) RM320

kalau ikutkan, aku tak tahu la harga kat luar berapa. Tapi servis ok and diorang tak sombong. plus adat orang berniaga. mesti nak kena ada untung, kalau tak, macam mana nak survive. Rezeki dalam perniagaan, rasulullah dah mention. jangan takut rugi. berniaga itu sunnah. So jangan la minta discount lebih-lebih.! kita nk jaga periuk nasi kita, jangan sampai orang lain tak leh makan nasi, heee.. 

In future, memang bengkel ni je yang aku serbu. sebab once kita dah kenal tempat yang ok. Tak kan nak p tempat yang ...................

Ok bye.

Jangan takut untuk mulakan Baby Step

Susah ke senang nak berubah?

nak berubah mudah saja... cuma nak istiqamah dengan perubahan itu bukan suatu perkara yang mudah.

Aku pernah merasa sekolah agama, aku juga pernah bertudung labuh, berpurdah. Tapi kebanyakan orang tak tahu kenapa perlu bertudung labuh, berpurdah.

Satu ketika dulu, aku juga tergolong dalam golongan mereka yang buat sesuatu perkara sebab kita berkawan dengan orang sebegitu. Orang sekeliling kita mempengaruhi perwatakan kita.

Aku tak kata dalam kalangan budak nakal, tak da yang baik. cuma..... kalau nak kenal diri, cuba tengok siapa kawan kita. dengan siapa kita luangkan masa, cara percakapan kita.. cara kita buat keputusan.. cara kita berfikir.. semua akan kelihatan sama dengan orang sekeliling kita.

Nak mulakan sesuatu yang baik, susah kalau kawan kita tak support. so, carilah kawan yang boleh bimbing kita. and take note...! tak semestinya perlu cari yang berlainan jantina. kalau tak tahu sangat-sangat. minta kat Allah. hari-hari minta.. InsyaAllah, dipermudahkan. percaya dengan kekuatan doa.
Doa tak semestinya hanya lepas solat. segala percakapan kita adalah doa. detik dalam hati adalah doa. berdoa lah Allah mudahkan perjalanan kita dan bawa kita ke jalan yang benar. kalau malu nak bercerita pada kawan sebab takut dia ejek kita or sebagainya.. minta kat Allah.. Percayalah! Allah sentiasa ada and sentiasa dengar.

Hidup kita tak lama.. bila bila saja ajal boleh menjemput. walau sesaat, kita terdetik untuk berubah... nak solat.. nak hormat ibu kita.. ayah kita.. bersyukur lah.. Allah rindukan kita.,, Dia timbulkan rasa insaf dan taubat.. jangan malu atau takut untuk mulakan langkah. walau hanya dengan lafaz, ya Allah, bantu aku..

Kita ni hamba.. hidup kita sentiasa akan di uji, ujian setiap hambanya berbeza, ada yang kaya harta, banyak aset rumah berpuluh2. tapi sedarkah kita, dia di uji dengan sakit, dengan anak, dengan penyakit hati, dengki dan sebagainya.. sebab tu sentiasalah ingat Allah...

Iman kita turun naik, kadang tiba-tiba nak jadi wara', baik and etc. bagus lah... sebab mungkin sesaat perbuatan kita itu lah yang membantu kita di akhirat. kita tak sedar, tapi Allah tahu and sentiasa perhatikan kita.

baby step ke arah yang baik itu adalah usaha yang akan membantu kita! percaya Allah sentiasa ada,

Monday, 4 July 2016

Raya 2016.. family ke family😅😅

Sambut raya...??

Buat pertama kali dalam sejarah hidup.... raya tahun ni.. baju adik adik.. aku jahit.. hahahaha gigih tak gigih... sayang tengok bertapa banyak kain kain yang abah beli setiap kali berkesempatan.. n kain2 yang mama beli setiap kali ada jakel sale.. okay.. jakel KL.. mama memang tak de tempat lain kalau nak borong kain..😅.. tp tiap kali beli.. aku antara orang yang bising... sbb tak de sape nk menjahit.. masing2 tak reti.. n tk berani nk potong kain.. takut salah n kena marah😂😂

But for this year.. aku cuba jugak.. mula2 aku beli kain biasa.. ak ckp ak nk buat baju aku... simple je... tengok google.. tengok youtube.. try and error.. hahaha mmg burok sgt.. tp practise make perfect.. mmg syg kain yg salah potong.. salah jahit.. nak pikir lagi cara nak sambung... tp... at last... aku berjaya.. Alhamdulillah.... Allah bagi akal untuk berfikir hehehe dan Dia mudahkan pembelajaran aku..😊

Hasil jahitan.. mgkin masih belum cemerlang... tapi aku suka tengok... adik2 aku happy dapat baju ikut saiz dia and ikut design yang diorang nak.. nanti raya aku sharekan gambar... baju yang baru siap... 2 jubah.. 2 baju kurung gantung.. ni adik aku request kata trend skrg gantung gantung😂😂 aku ikutkan jeee... and.. aku punya baju kurung biasa.. 

Seronok menjahit ni.... sebab dapat kurangkan aktiviti aktiviti lagha.. heee sampaikan phone mati pun tak heran.. sebab melayankan mesin jahit... Alhamdulillah....coming soon nak belajar buat blouse labuh... jadi adik2 boleh pakai nak pegi kelas..heee aku tak tahu orang lain... tapi.. aku suka and rasa happy bila tengok keluarga aku suka pakai or makan or guna.. apa apa je.. hasil dari keluarga... sesetengah orang prefer beli je.. senang.. tp sbnrnye tak feel... hehehe

Sebab nak menghasilkan sesuatu... dari nak design.. nak buat pola baju.. nak potong.. nak jahit.. nak tambah2 apa2 request.. then fitting.. semua tu memerlukan komunikasi ngan family.. secara tak langsung aku rasa rapat.. dekat dengan diorang... Alhamdulillah😊 Dia beri aku peluang merasai nikmatNya...

Okay.. part aku jahit baju.. part adik aku buat kuih raya.. and dia mention benda yang sama.. which dia prefer buat dari beli.. kadang kesian... dari pagi sampai nak sahur balik.... still lagi duk meng uli doh.. 😂😂 kitorg pulak tiap kali sahur ngan berbuka.. sibuk makan kasi habis.. 😁😁 nikmat sungguh berada dalam keluarga... adik aku tak marah... dia lagi suka kitorg makan... ada sesetengah orang... kalau sebut biskut raya... kena tggu hari raya baru dapat jamah.. adik aku... kadang first raya tu dah tinggal setengah balang je biskutnya.. 

Aku rindukan moment bersama keluarga... 😊sebab... aku tahu... suatu ketika.. semua akan jauh... dan akhirnya hilang.... dulu... aku sampai plan.. tak bagi adik adik aku kahwin.. sebab takut akan hilang adik.... bunyi macam lawak... aku tak thu ada tak orang kat luar sana.. macam aku.. hahaha tapi.. tu memang hakikat... sebab aku tak thu sejauh mana orang luar boleh terima perangai adik adik aku and keluarga aku... 

Okay... menyimpang dari plan asal... 😂😂aku pun tak thu kenapa aku rasa nak berceloteh hari ni.. cuma... hargai lah masa yang ada sementara berkesempatan... kadang kala... kita nampak... kawan lahi best.. sebab kita asyik gaduh ngan family kita.. selalu tak sefahaman.. ada je yang tak kena.. dulu aku macam tu.. tapi sebenarnya.. family la yang ada disamping kita saat kita perlu bantuan.. jadi... hargai laah mereka... heeee 😊

Wallauhalam..

Sunday, 3 July 2016

Serious kah aku nak berhijrah?

Assalamualaikum..

Entry kali ni aku banyak kongsikan pengalaman aku... tentang hijrah...

Seriouskah aku berhijrah? Apa sebenarnya hijrah? Habis aku google. Mampukah aku? Meninggalkan kebiasaan yang aku terbiasa buat.. melawan diri untuk tinggalkan perkara-perkara lagha.. Ya Allah... mampukah aku? 

Banyaknya persoalan.... macam mana aku nk tahu.. aku serious nak berubah.. betul ke aku serious nak berhijrah... semua orang mesti nak masuk syurga.. tapi selama ni dalam kita tak sedar.. sebenarnya kita semakin jauh untuk ke syurga.. solat entah kemana... mengaji apatah lagi.. tengok movie/tv tak ingat dunia.. aku alpa... tapi benda melalaikan... lagi-lagi bila cerita tengah best... sanggup tunggu.. sampai tak sedar dah habis waktu nak solat.. lepas tu.. lepas habis satu cerita.. sambung lagi dengan cerita lain.. itu aku... 😔 aku terlalu taksub dengan cerita.. lagi-lagi cerita csi, ncis, law and order.. HBO channel lagi... entah apa-apa yang ada kat astro... teruk betul... tapi.. sebenarnya.... hati selalu rasa kosong... jiwa rasa kosong... tak tahu kenapa.. 

Sambil-sambil tengok movie... chatting.. belek-belek facebook.. insta.. haishhh apa pun tak boleh... semua laghaaaaaa kenapa manusia macam ni?? Kenapa aku macam ni?? 

Mampu kah aku tinggalkan kebiasaan aku? Nampak mudah.. hijrah.. berubah.. orang selalu tengok.. perempuan tak pakai tudung dah pakai tudung labuh.. dari tudung labuh dah pakai niqab.. aku pun pernah melalui fenomena nih... tapi nauzubillah... kenapa pemakaian aku je yang berhijrah... tapi jiwa aku masih terasa kosong... 😔

Family terkejut.. dengan perubahan mendadak (dari segi pakaian dan penampilan).. at last diorang sedarkan aku.. aku terikut dengan trend.. dan bukan aku betul-betul nak berhijrah dari hati.. dari jiwa aku... tiba-tiba.. aku rasa susahnya nak jadi baik.. 

Umpama tercari-cari identiti... aku diamkan diri dekat rumah.. aku jauhkan diri aku dari sahabat-sahabat aku.. rindu jugak kat diorang... tapi aku malu.. malu kerana... aku buat sebab ikut orang.. dan bukan lillahi taala.. jadi serious kah aku nak berhijrah... ????

Hurm... aku tak tahu orang lain macam mana... mungkin mereka ada yang membimbing.. ada perempuan.. fikir dengan berkahwin.. jadi suami dapat bimbing.. aku pernah jugak fikir nak kahwin dengan lelaki yang baik-baik.. supaya dapat bimbing aku.. tapi lepas tu aku fikir balik... mampu kah aku? Contoh.. suami bangun ajak tahajud.. sedang aku biasa berdengkur lagi.. mampu kah aku? 😔Ada jugak perempuan dibimbing dengan sahabat-sahabat... join usrah.. sama-sama cari tempat untuk isi ilmu dalam diri.. rajinkan ke masjid dan surau.. aku pun pernah nak buat macam ni.. aku google.. aku cari macam mana nak join.. daftar.. tapi... disebabkan perasaan malu.. sekali lagi aku jauhkan diri.. 😔 Allah....

Akhirnya.. setelah banyak aku membaca di google belas ihsan dari pelbagai article.. halaqah.. pendapat.. aku tanamkan kt diri... bermula dengan solat 5 waktu. Yang wajib... dan if possible.. tunaikan di awal waktu.. pelan pelan kayuh orang kata.. dan bila kita solat... mesti doa... masa mula-mula aku solat.. doa.. macam biasa.. sebab belum faham cara yang betul.. then aku google lagi... macam mana nak khusyuk.. macam mana nak berdoa.. banyak tengok uai punya video... sebab mudah untuk difahami.. video ceramah lain pun ada.. cuma.. mungkin aku jenis manusia yang buat sesuatu apabila ada tujuan.. kalau tak aku tak buat.. 😅

Okay... at last.. aku jumpa beberapa tips.. banyak sebenarnya.. tapi nak cerita orang macam aku.. yang mudah untuk aku amalkan.. contoh macam masa solat cuba fahamkan makna bacaan... jadi otak kita tak merewang.. nampak macam susah.. tapi aku paksa diri.. pelan pelan kayuh.. sikit-sikit lama lama aku rasa lain.. rasa seronok sebab setiap bacaan walaupun bahasa arab aku faham beberapa perkataan pun rasa seronok.. (tak caye.. cuba try.. lagi lagi surah fatihah.. bacaan masa rukuk.. sujud.. tahiyat..) lepas tu nk doa lepas solat.. ada orang laju je baca.. tapi aku ada google.. and.. tips kat situ dia cakap.. kalau boleh sampai menitik air mata.. walaupun mula-mula macam nak kena paksa.. tapi lama lama bila kena caranya.. tanpa dipinta.. airmata penyesalan sentiasa mengalir... lama lama aku jadikan masa berdoa itu masa aku mengadu pada Allah.. segala galanya.. hatta andai hari tu aku terbuat adik aku marah and merajuk dengan aku.. aku mengadu kat Allah.. aku tanya Dia.. kat mana silap aku sampai adik aku boleh merajuk marah aku... aku minta Dia bimbing aku.. bagi aku petunjuk.. lembutkan jiwa aku.. supaya aku boleh berlembut dengan adik aku.. ya Allah... sedih sangat rasanya.. cuba lah kalau nak rasa.. jadikan Allah tempat mengadu.. waktu kita bersyukur... syukur dengan nikmat Dia bagi.. contoh.. ya Allah... Alhamdulillah hari ni aku bangun.. aku masih berpeluang bernafas.. anggota badan ku cukup.. alhamdulillah.. keluarga aku ada semua hari ni.. makan sama sama.. berbual.. berkongsi.. yaAllah... alhamdulillah kerana kau beri aku peluang untuk menikmati saat saat bahagia bersama keluarga... mungkin pada sesetengah orang... berada dalam kalangan ahli keluarga adalah perkara biasa.. tapi pada aku.. itulah nikmat paling luar biasa yang aku akan rebut peluang setiap kali berkesempatan... sebab manusia zaman sekarang sibuk cari duit... ada masa kat rumah tengok tv.. whatsapp n main game.. jadi... bila dapat berkumpul.. yaAllah memang terasa nikmat.... 

Alhamdulillah.... bila aku jadikan Allah tempat untuk aku bercerita dan mengadu... aku rasa dekat dengan Dia... aku masih orang yang sama.. seorang anak untuk mama abah.. seorang kakak untuk adik adik.. dan... aku dah tak rasa nak mengadu pada manusia tu best.. sebab manusia tak dapat buat apa apa.. tapi bila mengadu kat Allah... Dia gerakkan hati kita.. Dia sentiasa bagi jawapan.. dalam pelbagai cara yang kita sendiri akan sedar... cuba lah... mesti jiwa akan rasa lapang... rasa tenang... 

Maaf... ini sekadar perkongsian... sebab satu ketika dulu... aku adalah seorang insan yang tercari cari cara macam mana nak tenangkan hati yang rasa kosong... nasihat aku... mulakan dengan solat 5 waktu.. dan doa...

Aku bukan ustazah... aku bukan hafizah.. aku hanya manusia biasa.. aku tak tahu dalil dalil atau spesifik ayat ayat alquran untuk aku share.. tapi pada mereka yang ingin jiwa yang tenang... mulakan baby step... solat dan doa... minta kat Allah.. Allah maha pemurah dan maha pengampun... 😊 pada aku... solat dan doa juga adalah hijrah... 😊 sebab dulu aku selalu abaikan... sehingga rasa kosong itu membawa aku mencari keredhaan Allah 😊

Wallahualam..