Assalamualaikum..
Entry kali ni aku banyak kongsikan pengalaman aku... tentang hijrah...
Seriouskah aku berhijrah? Apa sebenarnya hijrah? Habis aku google. Mampukah aku? Meninggalkan kebiasaan yang aku terbiasa buat.. melawan diri untuk tinggalkan perkara-perkara lagha.. Ya Allah... mampukah aku?
Banyaknya persoalan.... macam mana aku nk tahu.. aku serious nak berubah.. betul ke aku serious nak berhijrah... semua orang mesti nak masuk syurga.. tapi selama ni dalam kita tak sedar.. sebenarnya kita semakin jauh untuk ke syurga.. solat entah kemana... mengaji apatah lagi.. tengok movie/tv tak ingat dunia.. aku alpa... tapi benda melalaikan... lagi-lagi bila cerita tengah best... sanggup tunggu.. sampai tak sedar dah habis waktu nak solat.. lepas tu.. lepas habis satu cerita.. sambung lagi dengan cerita lain.. itu aku... π aku terlalu taksub dengan cerita.. lagi-lagi cerita csi, ncis, law and order.. HBO channel lagi... entah apa-apa yang ada kat astro... teruk betul... tapi.. sebenarnya.... hati selalu rasa kosong... jiwa rasa kosong... tak tahu kenapa..
Sambil-sambil tengok movie... chatting.. belek-belek facebook.. insta.. haishhh apa pun tak boleh... semua laghaaaaaa kenapa manusia macam ni?? Kenapa aku macam ni??
Mampu kah aku tinggalkan kebiasaan aku? Nampak mudah.. hijrah.. berubah.. orang selalu tengok.. perempuan tak pakai tudung dah pakai tudung labuh.. dari tudung labuh dah pakai niqab.. aku pun pernah melalui fenomena nih... tapi nauzubillah... kenapa pemakaian aku je yang berhijrah... tapi jiwa aku masih terasa kosong... π
Family terkejut.. dengan perubahan mendadak (dari segi pakaian dan penampilan).. at last diorang sedarkan aku.. aku terikut dengan trend.. dan bukan aku betul-betul nak berhijrah dari hati.. dari jiwa aku... tiba-tiba.. aku rasa susahnya nak jadi baik..
Umpama tercari-cari identiti... aku diamkan diri dekat rumah.. aku jauhkan diri aku dari sahabat-sahabat aku.. rindu jugak kat diorang... tapi aku malu.. malu kerana... aku buat sebab ikut orang.. dan bukan lillahi taala.. jadi serious kah aku nak berhijrah... ????
Hurm... aku tak tahu orang lain macam mana... mungkin mereka ada yang membimbing.. ada perempuan.. fikir dengan berkahwin.. jadi suami dapat bimbing.. aku pernah jugak fikir nak kahwin dengan lelaki yang baik-baik.. supaya dapat bimbing aku.. tapi lepas tu aku fikir balik... mampu kah aku? Contoh.. suami bangun ajak tahajud.. sedang aku biasa berdengkur lagi.. mampu kah aku? πAda jugak perempuan dibimbing dengan sahabat-sahabat... join usrah.. sama-sama cari tempat untuk isi ilmu dalam diri.. rajinkan ke masjid dan surau.. aku pun pernah nak buat macam ni.. aku google.. aku cari macam mana nak join.. daftar.. tapi... disebabkan perasaan malu.. sekali lagi aku jauhkan diri.. π Allah....
Akhirnya.. setelah banyak aku membaca di google belas ihsan dari pelbagai article.. halaqah.. pendapat.. aku tanamkan kt diri... bermula dengan solat 5 waktu. Yang wajib... dan if possible.. tunaikan di awal waktu.. pelan pelan kayuh orang kata.. dan bila kita solat... mesti doa... masa mula-mula aku solat.. doa.. macam biasa.. sebab belum faham cara yang betul.. then aku google lagi... macam mana nak khusyuk.. macam mana nak berdoa.. banyak tengok uai punya video... sebab mudah untuk difahami.. video ceramah lain pun ada.. cuma.. mungkin aku jenis manusia yang buat sesuatu apabila ada tujuan.. kalau tak aku tak buat.. π
Okay... at last.. aku jumpa beberapa tips.. banyak sebenarnya.. tapi nak cerita orang macam aku.. yang mudah untuk aku amalkan.. contoh macam masa solat cuba fahamkan makna bacaan... jadi otak kita tak merewang.. nampak macam susah.. tapi aku paksa diri.. pelan pelan kayuh.. sikit-sikit lama lama aku rasa lain.. rasa seronok sebab setiap bacaan walaupun bahasa arab aku faham beberapa perkataan pun rasa seronok.. (tak caye.. cuba try.. lagi lagi surah fatihah.. bacaan masa rukuk.. sujud.. tahiyat..) lepas tu nk doa lepas solat.. ada orang laju je baca.. tapi aku ada google.. and.. tips kat situ dia cakap.. kalau boleh sampai menitik air mata.. walaupun mula-mula macam nak kena paksa.. tapi lama lama bila kena caranya.. tanpa dipinta.. airmata penyesalan sentiasa mengalir... lama lama aku jadikan masa berdoa itu masa aku mengadu pada Allah.. segala galanya.. hatta andai hari tu aku terbuat adik aku marah and merajuk dengan aku.. aku mengadu kat Allah.. aku tanya Dia.. kat mana silap aku sampai adik aku boleh merajuk marah aku... aku minta Dia bimbing aku.. bagi aku petunjuk.. lembutkan jiwa aku.. supaya aku boleh berlembut dengan adik aku.. ya Allah... sedih sangat rasanya.. cuba lah kalau nak rasa.. jadikan Allah tempat mengadu.. waktu kita bersyukur... syukur dengan nikmat Dia bagi.. contoh.. ya Allah... Alhamdulillah hari ni aku bangun.. aku masih berpeluang bernafas.. anggota badan ku cukup.. alhamdulillah.. keluarga aku ada semua hari ni.. makan sama sama.. berbual.. berkongsi.. yaAllah... alhamdulillah kerana kau beri aku peluang untuk menikmati saat saat bahagia bersama keluarga... mungkin pada sesetengah orang... berada dalam kalangan ahli keluarga adalah perkara biasa.. tapi pada aku.. itulah nikmat paling luar biasa yang aku akan rebut peluang setiap kali berkesempatan... sebab manusia zaman sekarang sibuk cari duit... ada masa kat rumah tengok tv.. whatsapp n main game.. jadi... bila dapat berkumpul.. yaAllah memang terasa nikmat....
Alhamdulillah.... bila aku jadikan Allah tempat untuk aku bercerita dan mengadu... aku rasa dekat dengan Dia... aku masih orang yang sama.. seorang anak untuk mama abah.. seorang kakak untuk adik adik.. dan... aku dah tak rasa nak mengadu pada manusia tu best.. sebab manusia tak dapat buat apa apa.. tapi bila mengadu kat Allah... Dia gerakkan hati kita.. Dia sentiasa bagi jawapan.. dalam pelbagai cara yang kita sendiri akan sedar... cuba lah... mesti jiwa akan rasa lapang... rasa tenang...
Maaf... ini sekadar perkongsian... sebab satu ketika dulu... aku adalah seorang insan yang tercari cari cara macam mana nak tenangkan hati yang rasa kosong... nasihat aku... mulakan dengan solat 5 waktu.. dan doa...
Aku bukan ustazah... aku bukan hafizah.. aku hanya manusia biasa.. aku tak tahu dalil dalil atau spesifik ayat ayat alquran untuk aku share.. tapi pada mereka yang ingin jiwa yang tenang... mulakan baby step... solat dan doa... minta kat Allah.. Allah maha pemurah dan maha pengampun... π pada aku... solat dan doa juga adalah hijrah... π sebab dulu aku selalu abaikan... sehingga rasa kosong itu membawa aku mencari keredhaan Allah π
Wallahualam..