Thursday, 30 June 2016

Ramadhan 2016

Assalamualaikum..

At first, aku tak berniat nak mulakan sesi menulis blog.. cuma kadang-kadang kita rasa nak berceloteh panjang.. tapi siapa yang sudi nak tadah telinga.. ya tak? Kalau kau kenal stranger pun... for the few moment.. possible la orang tu nak dengar apa yang kau bebelkan... but it won't last long... they have their own life. So do we..

Jadi.. basically apa yang aku coretkan kat sini.. is for my own used. It reminds me what i have done.. and why i did that.. so tu je... mukaddimah aku..

Ramadhan 2016 detik paling bermakna pada aku.. banyak aku belajar.. bukan lah nak cakap selama ni aku tak belajar.. cuma... aku mula belajar dekatkan diri dengan Dia dari jiwa aku sendiri...

Maksud aku.. selama ni.. kita diajar pergi sekolah agama.. belajar ngaji.. belajar solat.. tutup aurat.. jaga ikhtilat.. tapi.. aku sering tertanya.. aku buat semua ni untuk apa.. sebab orang suruh... sebab ikut kawan-kawan.. sebab mama abah suruh.. jadi ak mohon... untuk.. Dia bimbing jiwa aku.. bukan sekadar jasad aku..

Dan... aku mula bertanya benda benda yang mungkin remeh pada sesetengah orang.. tapi pada aku.. aku nak tahu.. kenapa..

Simple thing... sebenarnya apa tujuan atau motif aku hidup kat dunia ni? Jawapan dari seorang hamba Allah, Allah cipta jin dan manusia adalah untuk bersujud kepada-Nya.

Okay.. jawapan yang biasa kan.. sebab kita belajar kat sekolah.. kat universiti.. tapi sejauh mana kita faham..? Aku nak dapatkan kepastian lagi.. umpama menghuraikan jawapan tadi.. "Maksud, bersujud tu.. tak semestinya solat.. puasa...zakat pegi haji..  Apa apa yg kita buat kalau kita niatkan kerana Allah.. maka itu adalah ibadah.. dan bererti kita sujud pada Dia."

Nampak mudah kan... tapi siapa yang amalkan..... even aku sendiri masih merangkak-rangkak nak amalkan... makan kerana Allah sebab nak bertenaga.. tidur kerana Allah sebab nak dapatkan rehat.. ada orang buat semua.. sebab kebiasaan.. tapi alangkah bagus kalau kita buat berserta niat... 😊

InsyaAllah aku cuba amalkan... dan untuk permulaan... nak jiwa kita dekat dengan Dia.... adalah... usaha solat awal waktu.... mula-mula tu memang sangat susah... even sekarang pun.... dugaan betul.. hehehe.. tapi aku akan terus berusaha... stay strong hanis.!!!

Okay.. habis dah berceloteh...😊